Pemerintahan William William_I_dari_England

Tandatangan William I dan Matilda (di sebelah dua X besar yang pertama) dalam dokumen Persetiaan Winchester pada tahun 1072.

William memulakan banyak perubahan yang utama. Supaya dapat menentukan kawasan yang dikuasainya, serta untuk memaksimumkan pencukaian, William menempah penyusunan Buku Domesday, suatu tinjauan keupayaan produktif yang serupa dengan banci moden, pada tahun 1085. William juga membina banyak kastil, menara utama, dan motte, termasuk Menara London, di seluruh England untuk memastikan bahawa pemberontakan oleh orang-orang Inggeris dan pengikut-pengikutnya tidak akan berjaya. Penaklukan William juga menyebabkan bahasa Norman menggantikan bahasa Inggeris lama sebagai bahasa golongan pemerintah selama hampir 300 tahun.

William dikatakan mengusir sebilangan pemilik tanah Anglo-Saxon dan menjadikan mereka sebagai hamba abdi melalui Bristol. Banyak daripada mereka ini akhirnya tinggal di Sepanyol Umayyad dan tanah-tanah Moor. Pemilikan hampir semua tanah di England, jawatan agama, dan jawatan dalam kerajaan diberikan kepada orang-orang Normandie. Banyak orang bangsawan Anglo-Saxon berhijrah ke kemaharajaan-kemaharajaan Eropah yang lain.